Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS telah datang kepadaku dengan doa-doa lalu ia berkata

TEKS BAHASA ARAB

جاءني جبريل بدعوات فقال: إذا نزل بك أمر من أمر دنياك؛ فقدمهن، ثم سل حاجتك: يا بديع السماوات والأرض! يا ذا الجلال والإكرام! يا صريخ المستصرخين! يا غياث المستغيثين! يا كاشف السوء! يا أرحم الراحمين! يا مجيب دعوة المضطرين! يا إله العالمين! بك أنزل حاجتي، وأنت أعلم؛ فاقضها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS telah datang kepadaku dengan doa-doa lalu ia berkata: Jika engkau ditimpa suatu kesusahan dunia, maka bacalah ia, kemudian mohonlah hajatmu: "Wahai Yang mencipta langit-langit dan bumi! Wahai Zat Yang memiliki keagungan dan kemuliaan! Wahai Maha Yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan! Wahai Yang memberi bantuan kepada orang-orang yang memohon bantuan! Wahai Yang mampu menghapus segala keburukan! Wahai Yang Maha Pengasih! Wahai Yang menjawab doa orang-orang yang dalam kesusahan! Wahai Tuhan sekalian alam! Kepada-Mu aku memohon hajatku dan Engkau lebih mengetahuinya maka tunaikanlah ia.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1506, hadis nombor 7673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: جاءني جبريل بدعوات فقال: إذا نزل بك أمر من أمر دنياك؛ فقدمهن، ثم سل حاجتك: يا بديع السماوات والأرض! يا ذا الجلال والإكرام! يا صريخ المستصرخين! يا غياث المستغيثين! يا كاشف السوء! يا أرحم الراحمين! يا مجيب دعوة المضطرين! يا إله العالمين! بك أنزل حاجتي، وأنت أعلم؛ فاقضها. [الأصبهاني، (الضعيفة)) (5298)].

(Palsu)
Daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jibril AS telah datang kepadaku dengan doa-doa lalu ia berkata: Jika engkau ditimpa suatu kesusahan dunia, maka bacalah ia, kemudian mohonlah hajatmu: "Wahai Yang mencipta langit-langit dan bumi! Wahai Zat Yang memiliki keagungan dan kemuliaan! Wahai Maha Yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan! Wahai Yang memberi bantuan kepada orang-orang yang memohon bantuan! Wahai Yang mampu menghapus segala keburukan! Wahai Yang Maha Pengasih! Wahai Yang menjawab doa orang-orang yang dalam kesusahan! Wahai Tuhan sekalian alam! Kepada-Mu aku memohon hajatku dan Engkau lebih mengetahuinya maka tunaikanlah ia.”))
[Riwayat al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5298].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs