Rasulullah SAW bersabda: Bukan daripada kalangan kami orang yang bersumpah dengan amanah

TEKS BAHASA ARAB

ليس منا من حلف بالأمانة، وليس منا من خان امرأ مسلماً في أهله وخادمه. ومن قال حين يمسي وحين يصبح: اللهم! إني أشهدك بأنك أنت الله لا إله إلا أنت، وحدك لا شريك لك، وأن محمداً عبدك ورسولك، أبوء بنعمتك علي، وأبوء بذنبي؛ فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب غيرك؛ فإن قالها من يومه ذلك حين يصبح فمات من ليلته؛ مات شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukan daripada kalangan kami orang yang bersumpah dengan amanah (dengan selain Allah) dan bukan daripada kalangan kami orang yang mengkhianati seorang muslim dengan merosakkan hubungannya dengan ahli keluarganya dan juga khadamnya. Barangsiapa yang membaca pada waktu petang dan waktu pagi: "Ya Allah! Aku bersaksi kepada-Mu, sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau yang Esa dan tiada sekutu bagi Engkau, dan aku bersaksi bahawa Muhammad SAW adalah hamba-Mu dan utusan-Mu, aku mengakui akan nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui juga atas dosa yang pernah aku lakukan, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau. Sekiranya dia mengucapkanya pada waktu pagi harinya itu lalu dia mati pada malamnya, maka dia mati dalam keadaan syahid.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis nombor 7687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ليس منا من حلف بالأمانة، وليس منا من خان امرأ مسلماً في أهله وخادمه. ومن قال حين يمسي وحين يصبح: اللهم! إني أشهدك بأنك أنت الله لا إله إلا أنت، وحدك لا شريك لك، وأن محمداً عبدك ورسولك، أبوء بنعمتك علي، وأبوء بذنبي؛ فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب غيرك؛ فإن قالها من يومه ذلك حين يصبح فمات من ليلته؛ مات شهيداً.)) [الأصفهاني، (الضعيفة)) (5307)].

(Sangat Lemah)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bukan daripada kalangan kami orang yang bersumpah dengan amanah (dengan selain Allah) dan bukan daripada kalangan kami orang yang mengkhianati seorang muslim dengan merosakkan hubungannya dengan ahli keluarganya dan juga khadamnya. Barangsiapa yang membaca pada waktu petang dan waktu pagi: "Ya Allah! Aku bersaksi kepada-Mu, sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau yang Esa dan tiada sekutu bagi Engkau, dan aku bersaksi bahawa Muhammad SAW adalah hamba-Mu dan utusan-Mu, aku mengakui akan nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui juga atas dosa yang pernah aku lakukan, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau. Sekiranya dia mengucapkanya pada waktu pagi harinya itu lalu dia mati pada malamnya, maka dia mati dalam keadaan syahid.))
[Riwayat al-Ashfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5307].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs