Rasulullah SAW berpesan supaya solat 2 rakaat bagi membuat keputusan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جاء رجل إلى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقال: يا رسول الله! إني أريد أن أخرج إلى البحرين ‌في ‌تجارة؛ فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((صلِّ رَكْعتينِ)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku ingin keluar ke Bahrain untuk berniaga?" Nabi SAW bersabda: “Solatlah dua rakaat (terlebih dahulu).”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 634, hadis nombor 3286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: جاء رجل إلى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقال: يا رسول الله! إني أريد أن أخرج إلى البحرين ‌في ‌تجارة؛ فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((صلِّ ركعتين)). [طب، ((الضعيفة)) (6236)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku ingin keluar ke Bahrain untuk berniaga?" Nabi SAW bersabda: “Solatlah dua rakaat (terlebih dahulu).”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6236].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.