Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جاء رجل إلى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقال: يا رسول الله! إني أريد أن أخرج إلى البحرين في تجارة؛ فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((صلِّ ركعتين)).
Teks Bahasa Melayu
Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku ingin keluar ke Bahrain untuk berniaga?" Nabi SAW bersabda: “Solatlah dua rakaat (terlebih dahulu).”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 634, hadis no. 3286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: جاء رجل إلى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقال: يا رسول الله! إني أريد أن أخرج إلى البحرين في تجارة؛ فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((صلِّ ركعتين)). [طب، ((الضعيفة)) (6236)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku ingin keluar ke Bahrain untuk berniaga?" Nabi SAW bersabda: “Solatlah dua rakaat (terlebih dahulu).” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6236].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman