Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أما إنهُ أولُ طعامٍ دخل بطنَ أبيك منذُ ثلاثةَ أيامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ia adalah makanan pertama yang masuk dalam perut ayahmu sejak 3 hari.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 619, hadis no. 3222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) أن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: أن فاطمة بنت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جاءتْ بكسرة خبز إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((ما هذه الكسرة يا فاطمة؟!)) قالتْ: قرص خبزته؛ فلم تطب نفسي حتى أتيتك بهذه الكسرة. قال: ((أما إنه أول طعام دخل بطن أبيك منذ ثلاثة أيام)). [ابن أبي الدنيا في ((الجوع))، طب، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، هب، حم، تخ، ((الضعيفة)) (4873)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Fatimah binti Rasulullah SAW datang dengan sebuku roti kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)) Beliau bekata:..yang aku jadikan roti, jiwaku merasa tidak tenang sehingga aku mendatangkan kepadamu roti ini.” Baginda bersabda: ((Ia adalah makanan pertama yang masuk dalam perut ayahmu sejak 3 hari.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu al-Syaikh dalam Akhlak al-Nabi SAW, al-Bayhaqi dalam Syuab al-Iman, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4873].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman