Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَطَبَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّاسَ، فَقَالَ: أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ المُطَّلِبِ بْنِ هَاشِمِ ِبنِ عَبْدِ مَنَافِ بنِ قُصَيِّ بنِ كِلَابِ بنِ مُرَّةَ بنِ كَعْبِ بنِ لُؤَيِّ بنِ غَالِب بنِ فِهْرِ بنِ مَالِكِ بنِ النَّضَرِ بنِ كِنَانَةَ بنِ خُزَيْمَةَ بنِ مُدْرِكَةَ بنِ إِلْيَاسَ بنِ مُضَرَ بنِ نِزَارِ، وَمَا افْتَرَقَ النَّاسُ فِرْقَتَيْنِ إِلَّا جَعَلَنِيَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الخَيْرِِ مِنْهُمَا، حَتَّى خَرَجْتُ مِنْ نِكَاحٍ وَلَمْ أَخْرُجْ مِنْ سِفَاحٍ ؛ مِنْ لَدُنْ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى أَبِي وَأُمِّي، فَأَنَا خَيْرُكُم نَفْسًا وَخَيْرُكُمْ أَبًا.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW berkhutbah kepada para hadirin sambil berucap: Saya ialah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib bin Hashim bin ‘Abd Manaf bin Qusayy bin Kilab bin Murrah bin Ka‘b bin Lu’ayy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Madrakah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar. Manusia tidak terpecah antara dua kelompok, melainkan Allah telah mentakdirkan saya lahir daripada yang terbaik antara keduanya, supaya saya dilahirkan melalui perkahwinan bukan penzinaan, bermula daripada Adam AS, sehingga kepada ibu bapaku; saya ialah jiwa yang terbaik daripada kalangan kalian, dan ayahku juga yang paling terbaik.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1049, hadis no. 5364. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
[Sangat Lemah] Daripada Anas bin Malik dan Abu Bakr bin ‘Abd al-Rahman RA, mereka berdua menceritakan, Rasulullah SAW berkhutbah kepada para hadirin, sambil berucap: Rasulullah SAW berkhutbah kepada para hadirin sambil berucap: Saya ialah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib bin Hashim bin ‘Abd Manaf bin Qusayy bin Kilab bin Murrah bin Ka‘b bin Lu’ayy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Madrakah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar. Manusia tidak terpecah antara dua kelompok, melainkan Allah telah mentakdirkan saya lahir daripada yang terbaik antara keduanya, supaya saya dilahirkan melalui perkahwinan bukan penzinaan, bermula daripada Adam AS, sehingga kepada ibu bapaku; saya ialah jiwa yang terbaik daripada kalangan kalian, dan ayahku juga yang paling terbaik. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah dan al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2952]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman