Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami

Teks Bahasa Arab

خطبنا رسولُ اللهِ ﷺ فقال: يا أيُّها الناسُ ! احفَظُوني في أبي بكرٍ ؛ فإنه لم يَسُؤْنِي منذ صَحِبَنِي.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: “Wahai sekalian manusia, jagalah aku melalui Abu Bakar. Sesungguhnya dia tidak pernah memburukkan aku sejak bersahabat denganku."

Sahabat Perawi

  1. Buhzad al-Farisi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1835, hadis no. 9246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن بهزاد الفارسي، قال: خطبنا رسول الله ﷺ فقال: يا أيها الناس! احفظوني في أبي بكر؛ فإنه لم يسؤني منذ صحبني. [ابن عساکر، (الضعيفة) (3236)].

(Palsu) Daripada Buhzad al-Farisi berkata: Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: “Wahai sekalian manusia, jagalah aku melalui Abu Bakar. Sesungguhnya dia tidak pernah memburukkan aku sejak bersahabat denganku." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3236]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.