Rasulullah SAW berjumpa dengan seorang Arab Badwi ketika baginda menuju ke Badar

TEKS BAHASA ARAB

قي رسول الله ﷺ رجلاً من أهل البادية، وهو يتوجه إلى بدر، لقيه ب(الروحاء)، فسأله القوم عن خبر الناس ؟ فلم يجدوا عنده خير، فقالوا له: سلم على رسول الله ﷺ، فقال: أو فيكم رسول الله ؟ قالوا: نعم، قال الأعرابي: فإن كنت رسول الله فأخبرني ما في بطن ناقتي هذه ! فقال له سلمة بن سلامة بن وقش – وكان غلاماً حدثاً -: لا تسأل رسول الله، أنا أخبرك، نزوت عليها ! ففي بطنها سخلة منك ! فقال رسول الله ﷺ: مه، أفحشت على الرجل يا سلمة ! ثم أعرض رسول الله ﷺ عن الرجل (وفي رواية: عن سلمة) فلم يكلمه كلمة حتى قفلوا، واستقبلهم المسلمون ب (الروحاء) يهنئونهم، فقال سلمة بن سلامة: يا رسول الله ! ما الذي يهنئونك به، والله إن رأينا إلا عجائز ضلعاً كالبدن المعقلة فنحرناها، فتبسم رسول الله ثم قال: إن لكل قوم فراسة، وإنما يعرفها الأشراف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW berjumpa dengan seorang Arab Badwi ketika baginda menuju ke Badar, dia berjumpa lelaki itu di Rauha’, rombongan baginda bertanya kepada lelaki itu tentang khabar penduduk di situ. Mereka tidak mendapatkan khabar baik daripada Arab Badwi itu. Lalu mereka berkata pada lelaki itu: "Berilah salam kepada Rasulullah SAW." Dia pun bertanya: "Adakah bersama kamu ini Rasulullah?" Mereka menjawab: "Ya." Arab Badwi itu berkata: "Jika awak Rasulullah, maka khabarkan kepada saya apa yang ada pada perut untaku ini?" Lalu Salamah bin Salamah bin Waqsy yang mana masih seorang budak yang baru baligh menjawab: "Usah bertanya pada Rasulullah, aku akan memberitahumu. Awak telah menyetubuhinya dan dalam perutnya ialah hasil dari persetubuhan awak." Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah, awak telah bercakap kasar terhadap lelaki ini wahai Salamah”. Kemudian baginda memalingkan muka dari Arab Badwi itu (dalam riwayat lain, dari Salamah) dan tidak bercakap dengannya sehingga orang ramai bersurai. Orang Islam di Rauha’ menyambut mereka dan bergembira dengan kedatangan mereka. Lalu Salamah bin Salamah bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan mereka mengucapkan tahniah pada awak? Demi Allah, kita tidak lihat melainkan hanyalah orang-orang tua (Quraisy) yang botak seperti unta yang diikat lalu kita sembelih mereka. Lalu Rasulullah senyum kemudian bersabda: “Sesungguhnya dalam ramai-ramai akan ada yang mengetahui firasat. Dan sesungguhnya orang yang mengetahuinya daripada kalangan yang mulia.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1809, hadis nombor 9123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عروة -رضي الله عنه-، قال: لقي رسول الله ﷺ رجلاً من أهل البادية، وهو يتوجه إلى بدر، لقيه ب (الروحاء)، فسأله القوم عن خبر الناس ؟ فلم يجدوا عنده خير، فقالوا له: سلم على رسول الله ﷺ، فقال: أو فيكم رسول الله ؟ قالوا: نعم، قال الأعرابي: فإن كنت رسول الله فأخبرني ما في بطن ناقتي هذه ! فقال له سلمة بن سلامة بن وقش – وكان غلاماً حدثاً -: لا تسأل رسول الله، أنا أخبرك، نزوت عليها ! ففي بطنها سخلة منك ! فقال رسول الله ﷺ: مه، أفحشت على الرجل يا سلمة ! ثم أعرض رسول الله ﷺ عن الرجل (وفي رواية: عن سلمة) فلم يكلمه كلمة حتى قفلوا، واستقبلهم المسلمون ب (الروحاء) يهنئونهم، فقال سلمة بن سلامة: يا رسول الله ! ما الذي يهنئونك به، والله إن رأينا إلا عجائز ضلعاً كالبدن المعقلة فنحرناها، فتبسم رسول الله ثم قال: إن لكل قوم فراسة، وإنما يعرفها الأشراف. [ك، ((الضعيفة))(2235)]

(Lemah) Daripada Urwah RA berkata: Rasulullah SAW berjumpa dengan seorang Arab Badwi ketika baginda menuju ke Badar, dia berjumpa lelaki itu di Rauha’, rombongan baginda bertanya kepada lelaki itu tentang khabar penduduk di situ. Mereka tidak mendapatkan khabar baik daripada Arab Badwi itu. Lalu mereka berkata pada lelaki itu: "Berilah salam kepada Rasulullah SAW." Dia pun bertanya: "Adakah bersama kamu ini Rasulullah?" Mereka menjawab: "Ya." Arab Badwi itu berkata: "Jika awak Rasulullah, maka khabarkan kepada saya apa yang ada pada perut untaku ini?" Lalu Salamah bin Salamah bin Waqsy yang mana masih seorang budak yang baru baligh menjawab: "Usah bertanya pada Rasulullah, aku akan memberitahumu. Awak telah menyetubuhinya dan dalam perutnya ialah hasil dari persetubuhan awak." Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah, awak telah bercakap kasar terhadap lelaki ini wahai Salamah”. Kemudian baginda memalingkan muka dari Arab Badwi itu (dalam riwayat lain, dari Salamah) dan tidak bercakap dengannya sehingga orang ramai bersurai. Orang Islam di Rauha’ menyambut mereka dan bergembira dengan kedatangan mereka. Lalu Salamah bin Salamah bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan mereka mengucapkan tahniah pada awak? Demi Allah, kita tidak lihat melainkan hanyalah orang-orang tua (Quraisy) yang botak seperti unta yang diikat lalu kita sembelih mereka. Lalu Rasulullah senyum kemudian bersabda: “Sesungguhnya dalam ramai-ramai akan ada yang mengetahui firasat. Dan sesungguhnya orang yang mengetahuinya daripada kalangan yang mulia.” [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.2235]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs