Rasulullah SAW berdoa selepas solat zohor

TEKS BAHASA ARAB

كان يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم! خلص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة، وضعفة المسلمين من أيدي المشركين الذين {لا يستطيعون حيلة ولا يهتدون سبيلا} .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW berdoa selepas solat zohor: Ya Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Ayash bin Abi Rabi’ah serta orang-orang yang lemah daripada kalangan orang Islam dari tangan-tangan orang-orang musyrik, sebagaimana firman Allah SWT: Yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576 – 1577, hadis nombor 7980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: دبر صلاة الظهر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كان يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم! خلص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة، وضعفة المسلمين من أيدي المشركين الذين {لا يستطيعون حيلة ولا يهتدون سبيلا}.
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (6630)].

(Munkar dengan sebutan: Selepas solat zohor)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berdoa selepas solat zohor: Ya Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Ayash bin Abi Rabi’ah serta orang-orang yang lemah daripada kalangan orang Islam dari tangan-tangan orang-orang musyrik, sebagaimana firman Allah SWT: Yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah), [Surah al-Nisa: 98] [Riwayat Ibn Jarir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6630]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs