Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يدعو في دُبُرِ صلاةِ الظُّهرِ: اللهمَّ! خلِّصِ الوليدَ، وسلَمةَ بنَ هشامٍ، وعيَّاش بنَ أبي ربيعةَ، وضعَفةَ المسلمينَ من أيدي المشركين الذين {لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا}.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW berdoa selepas solat zohor: Ya Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Ayash bin Abi Rabi’ah serta orang-orang yang lemah daripada kalangan orang Islam dari tangan-tangan orang-orang musyrik, sebagaimana firman Allah SWT: Yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576 - 1577, hadis no. 7980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: دبر صلاة الظهر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كان يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم! خلص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة، وضعفة المسلمين من أيدي المشركين الذين {لا يستطيعون حيلة ولا يهتدون سبيلا}. [ابن جرير، ((الضعيفة)) (6630)].
(Munkar dengan sebutan: Selepas solat zohor) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berdoa selepas solat zohor: Ya Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Ayash bin Abi Rabi’ah serta orang-orang yang lemah daripada kalangan orang Islam dari tangan-tangan orang-orang musyrik, sebagaimana firman Allah SWT: Yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah), [Surah al-Nisa: 98] [Riwayat Ibn Jarir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6630]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman