Apabila kalian mendengar azan dan iqamah orang Habsyah ini maka katakanlah seperti mana yang dia ucapkan

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر النساء! إذا سمعتن أذان هذا الحبشي وإقامته؛ فقلن كما يقول، فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة. فقال عمر: هذا للنساء؛ فما للرجال؛ قال: ضعفان يا عمر!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian wanita! Apabila kalian mendengar azan dan iqamah orang Habsyah ini maka katakanlah seperti mana yang dia ucapkan. Sesungguhnya bagi kalian untuk setiap huruf itu pahala sebanyak seribu-ribu (sejuta). ‘Umar berkata: Ini untuk wanita. Maka untuk apa bagi lelaki? Baginda bersabda: Dua kali ganda. Kemudian baginda SAW berpaling kepada para wanita lalu bersabda: Sesungguhnya tiada wanita yang mentaati suaminya serta menunaikan haknya serta menyebutkan kebaikan suaminya dan tidak khianat kepada dirinya dan hartanya, kecuali antaranya dan para syuhada’ di syurga bezanya satu darjat sahaja. Sekiranya suaminya beriman dan berakhlak mulia, maka dialah isterinya di syurga kelak. Jika tidak maka dia akan Allah akan mengahwinkannya dengan para syuhada.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 966, hadis nombor 4984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن ميمونة – رضي الله عنها – أن رسول الله ﷺ قام بين صف الرجال والنساء فقال: يا معشر النساء! إذا سمعتمن أذان هذا الحبشي وإقامته، فقلن كما يقول. فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة. فقال عمر: هذا للنساء، فما للرجال؟ قال: ضعفان يا عمر! ثم أقبل على النساء فقال: إنه ليس من امرأة أطاعت وأدت حق زوجها، وتذكر حسنه، ولا تخونه في نفسه وماله، إلا كان بينها وبين الشهداء درجة واحدة في الجنة. فإن كان زوجها مؤمنا حسن الخلق، فهي زوجته في الجنة، وإلا زوجها الله من الشهداء.
[طب، ((الضعيفة)) 6009].

(Sangat munkar)
Daripada Maimunah RA bahawa Rasulullah SAW berdiri di antara saf lelaki dan wanita lantas bersabda: Wahai sekalian wanita! Apabila kalian mendengar azan dan iqamah orang Habsyah ini maka katakanlah seperti mana yang dia ucapkan. Sesungguhnya bagi kalian untuk setiap huruf itu pahala sebanyak seribu-ribu (sejuta). ‘Umar berkata: Ini untuk wanita. Maka untuk apa bagi lelaki? Baginda bersabda: Dua kali ganda. Kemudian baginda SAW berpaling kepada para wanita lalu bersabda: Sesungguhnya tiada wanita yang mentaati suaminya serta menunaikan haknya serta menyebutkan kebaikan suaminya dan tidak khianat kepada dirinya dan hartanya, kecuali antaranya dan para syuhada’ di syurga bezanya satu darjat sahaja. Sekiranya suaminya beriman dan berakhlak mulia, maka dialah isterinya di syurga kelak. Jika tidak maka dia akan Allah akan mengahwinkannya dengan para syuhada.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6009].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs