Rasulullah SAW bercerita tentang mimpi bertemu Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأيت ربي – في المنام في أحسن صورة، شابا موقرا، رجلاه في ځف، عليه نعلان من ذهب، على وجهه فراش من ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam rupa yang paling sempurna, seperti seorang remaja yang sangat terhormat. Pada kedua kaki-Nya terdapat sepasang selipar dan diatas permukaan sepasang selipar itu terdapat emas, dan pada wajah-Nya (bercahaya seperti) emas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis nombor 2851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم الطفيل – رضي الله عنها – أنها سمعت النبي – صلى الله عليه وسلم – يذكر أنه رأى ربه – وفي لفظ: ((رأيت ربي في المنام في أحسن صورة، شابا موقرا، رجلاه في ځف، عليه نعلان من ذهب، على وجهه فراش من ذهب)). [خط، ((الضعيفة))(6371)]

(Palsu)
Daripada Ummu Thufail RA berkata: Bahawa beliau mendengar Nabi SAW bercerita bahawa Baginda melihat Tuhan, dalam ucapan Baginda: Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam rupa yang paling sempurna, seperti seorang remaja yang sangat terhormat. Pada kedua kaki-Nya terdapat sepasang selipar dan diatas permukaan sepasang selipar itu terdapat emas, dan pada wajah-Nya (bercahaya seperti) emas.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6371]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.