Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ ربي - في المنام في أحسنِ صورةٍ، شاباً موقَّراً، رِجلاه في خُفٍّ، عليه نعلانِ من ذهبٍ، على وَجْهِهِ فراشٌ من ذهبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam rupa yang paling sempurna, seperti seorang remaja yang sangat terhormat. Pada kedua kaki-Nya terdapat sepasang selipar dan diatas permukaan sepasang selipar itu terdapat emas, dan pada wajah-Nya (bercahaya seperti) emas.
Sahabat Perawi
- Ummu Thufail RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis no. 2851.
(Palsu) Daripada Ummu Thufail RA berkata: Bahawa beliau mendengar Nabi SAW bercerita bahawa Baginda melihat Tuhan, dalam ucapan Baginda: Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam rupa yang paling sempurna, seperti seorang remaja yang sangat terhormat. Pada kedua kaki-Nya terdapat sepasang selipar dan diatas permukaan sepasang selipar itu terdapat emas, dan pada wajah-Nya (bercahaya seperti) emas. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6371]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman