Rasulullah SAW bercelak dengan ithmid (sejenis celak) sebelum tidur pada setiap malam

TEKS BAHASA ARAB

كان – رسول الله صلى الله عليه وسلم- يكتحل بالإثمد قبل أن ينام كل ليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW sering bercelak dengan ithmid (sejenis celak) setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis nombor 8161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان – رسول الله صلى الله عليه وسلم- يكتحل بالإثمد قبل أن ينام كل ليلة)). [أصحاب ((السنن))، طب، ((الضعيفة)) (2454)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RHUMA, beliau berkata: ((Rasulullah SAW sering bercelak dengan ithmid (sejenis celak) setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.))
[Riwayat Ashab al-Sunan dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2454].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs