Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - رسول الله صلى الله عليه وسلم- يَكْتحلُ بالإثمِدِ قبلَ أن يَنامَ كلَّ ليلةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW sering bercelak dengan ithmid (sejenis celak) setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis no. 8161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((كان - رسول الله صلى الله عليه وسلم- يكتحل بالإثمد قبل أن ينام كل ليلة)). [أصحاب ((السنن))، طب، ((الضعيفة)) (2454)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RHUMA, beliau berkata: ((Rasulullah SAW sering bercelak dengan ithmid (sejenis celak) setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.)) [Riwayat Ashab al-Sunan dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2454].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman