Rasulullah SAW berbisik kepada Ali pada hari di Taif

TEKS BAHASA ARAB

ناجى رسول الله ﷺ عليا يوم الطائف، فطالت نجواه، فقال أحد الرجلين للآخر: لقد طالت نجواه لابن عمه، فبلغ ذلك النبي ﷺ فقال: ما أنا انتجيته، ولكن الله انتجاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW berbisik kepada ‘Ali pada hari di Taif. Bisikan itu mengambil waktu yang panjang. Lalu salah seorang dari dua orang lelaki yang lain mengeluh: "Panjang sungguh bisikan kepada anak pakciknya." Keluhan itu sampai kepada baginda SAW lalu baginda bersabda: “Bukan aku yang berbisik padanya, bahkan Allahlah yang berbisik padanya.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1833, hadis nombor 9242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: ناجى رسول الله ﷺ عَلِيًّا يوم الطائف، فطالت نجواه، فقال أحد الرجلين للآخر: لقد طالت نجواه لابن عمه، فبلغ ذلك النبي ﷺ فقال: ما أنا انتجيته، ولكن الله انتجاه. [ت، ع، خط، أبو نعيم في (الأخبار)، (الضعيفة) (3084)].

(Lemah) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW berbisik kepada ‘Ali pada hari di Taif. Bisikan itu mengambil waktu yang panjang. Lalu salah seorang dari dua orang lelaki yang lain mengeluh: "Panjang sungguh bisikan kepada anak pakciknya." Keluhan itu sampai kepada baginda SAW lalu baginda bersabda: “Bukan aku yang berbisik padanya, bahkan Allahlah yang berbisik padanya.” [Riwayat al-Tirmizi, Abu Ya’la, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Abu Nu’aim dalam al-Akhbar. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3084]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs