Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ناجى رسولُ اللَّهِ ﷺ عليًّا يومَ الطَّائفِ، فطالت نجواهُ، فَقالَ أَحَدُ الرَّجُلَيْنِ للآخر: لقد طالت نجواه لابن عمه، فبلغ ذلك النَّبيَّ ﷺ فقال : ما انتجيتُهُ ولَكِنَّ اللَّهَ انتجاهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW berbisik kepada 'Ali pada hari di Taif. Bisikan itu mengambil waktu yang panjang. Lalu salah seorang dari dua orang lelaki yang lain mengeluh: "Panjang sungguh bisikan kepada anak pakciknya." Keluhan itu sampai kepada baginda SAW lalu baginda bersabda: “Bukan aku yang berbisik padanya, bahkan Allahlah yang berbisik padanya.”
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1833, hadis no. 9242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: ناجى رسول الله ﷺ عَلِيًّا يوم الطائف، فطالت نجواه، فقال أحد الرجلين للآخر: لقد طالت نجواه لابن عمه، فبلغ ذلك النبي ﷺ فقال: ما أنا انتجيته، ولكن الله انتجاه. [ت، ع، خط، أبو نعيم في (الأخبار)، (الضعيفة) (3084)].
(Lemah) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW berbisik kepada 'Ali pada hari di Taif. Bisikan itu mengambil waktu yang panjang. Lalu salah seorang dari dua orang lelaki yang lain mengeluh: "Panjang sungguh bisikan kepada anak pakciknya." Keluhan itu sampai kepada baginda SAW lalu baginda bersabda: “Bukan aku yang berbisik padanya, bahkan Allahlah yang berbisik padanya.” [Riwayat al-Tirmizi, Abu Ya’la, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Abu Nu’aim dalam al-Akhbar. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3084]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman