Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW berbangga kerana ramainya umat Islam

Teks Bahasa Arab

إنكم اليومَ على دِينٍ، وإني مُكاثِرٌ بكم الأُمَمَ، فلا تَمْشُوا بعدي القَهْقَرَي.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kamu pada hari ini berada atas agama. Sesungguhnya aku berbangga terhadap kamu kerana ramainya umat, maka setelah kewafatanku janganlah kamu berjalan mundur (kembali kufur).

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis no. 6786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: إنكم اليوم على دين، وإني مكاثر بكم الأمم، فلا تمشوا بعدي القهقري. [حم، ع، البزار، ((الضعيفة)) (3211)]

(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya kamu pada hari ini berada atas agama. Sesungguhnya aku berbangga terhadap kamu kerana ramainya umat, maka setelah kewafatanku janganlah kamu berjalan mundur (kembali kufur). [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3211]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.