Rasulullah SAW berada di rumahku bersama sahabat-sahabatnya makan masakan yang telah aku sediakan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في ‌بيتي ‌في ‌نفر من أصحابه يأكل من طعام صنعته لهم، فسألوه عن الأرواح، فذكرها بذكر امتنع القوم من الطعام؛ ثم قال من بعد: ((أرواح المؤمنين طيور خضر في حجر من الجنة، يأكلون من الجنة، ويشربون، ويتعارفون، يقولون: ربنا ألحق بنا إخواننا، وآتنا ما وعدتنا، وأرواح أهل النار في حجر من النار، يأكلون من النار ويشربون من النار، يقولون: ربنا لا تلحق بنا إخواننا، ولا تؤتنا ما وعدتنا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW berada di rumahku bersama sahabat-sahabatnya makan masakan yang telah aku sediakan untuk mereka, lalu mereka bertanya kepada baginda tentang roh-roh, kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang menyebabkan mereka berhenti makan, lalu baginda bersabda selepas itu: Roh-roh orang mukmin seperti burung-burung hijau di dalam bilik-bilik syurga, mereka makan, minum dan saling berkenalan. Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, pertemukan kami dengan saudara-saudara kami, kurniakanlah kepada kami apa yang telah engkau janjikan kepada kami. Ruh-ruh ahli neraka pula di dalam bilik-bilik neraka, mereka makan dan minum di neraka dan berkata: “Wahai Tuhan kami, jangan engkau pertemukan kami dengan saudara-saudara kamu, dan janganlah engkau berikan apa yang telah engkau janjikan kepada kami.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 658 – 659, hadis nombor 3399. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم مبشر بنت البراء – رضي الله عنها – قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في ‌بيتي ‌في ‌نفر من أصحابه يأكل من طعام صنعته لهم، فسألوه عن الأرواح، فذكرها بذكر امتنع القوم من الطعام؛ ثم قال من بعد: ((أرواح المؤمنين طيور خضر في حجر من الجنة، يأكلون من الجنة، ويشربون، ويتعارفون، يقولون: ربنا ألحق بنا إخواننا، وآتنا ما وعدتنا، وأرواح أهل النار في حجر من النار، يأكلون من النار ويشربون من النار، يقولون: ربنا لا تلحق بنا إخواننا، ولا تؤتنا ما وعدتنا)). [ابن منده في ((معجم الصحابة))، ((الضعيفة)) (2747)]

(Lemah) Daripada Ummu Mubasyir binti al-Bara’ RA berkata: Rasulullah SAW berada di rumahku bersama sahabat-sahabatnya makan masakan yang telah aku sediakan untuk mereka, lalu mereka bertanya kepada baginda tentang roh-roh, kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang menyebabkan mereka berhenti makan, lalu baginda bersabda selepas itu: Roh-roh orang mukmin seperti burung-burung hijau di dalam bilik-bilik syurga, mereka makan, minum dan saling berkenalan. Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, pertemukan kami dengan saudara-saudara kami, kurniakanlah kepada kami apa yang telah engkau janjikan kepada kami. Ruh-ruh ahli neraka pula di dalam bilik-bilik neraka, mereka makan dan minum di neraka dan berkata: “Wahai Tuhan kami, jangan engkau pertemukan kami dengan saudara-saudara kamu, dan janganlah engkau berikan apa yang telah engkau janjikan kepada kami.” [Riwayat Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2747]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.