Rasulullah SAW banyak berdoa dengan doa yang berikut

TEKS BAHASA ARAB

كان يكثر أن يدعو بهذا الدعاء: اللهم! اجعلني أخشاك، حتى كأني أراك أبدا حتى ألقاك، وأسعدني بتقواك، ولا تشقني بمعصيتك، وخر لي في قضائك، وبارك لي في قدرك، حتى لا أحب تعجيل ما أخرت، ولا تأخير ما عجلت، واجعل غنائي في نفسي، وأمتعني بسمعي وبصري، واجعلهما الوراث مني، وانصرني على من ظلمني، وأرني فيه ثأري، وأقر بذلك عيني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Rasulullah SAW banyak berdoa dengan doa yang berikut: Ya Allah! Jadikanlah aku takut kepada-Mu, sehingga seolah-olah aku melihat-Mu selamanya sampai aku dapat berjumpa dengan-Mu, gembirakanlah aku dengan ketaqwaan kepada-Mu, dan janganlah membuat aku derita dengan melakukan maksiat terhadap-Mu, berkatilah aku dengan ketentuan-Mu supaya aku tidak suka untuk mempercepatkan apa yang telah Engkau lewatkan dan tidak aku melambatkan apa yang telah Engkau percepatkan. Jadikanlah kekayaan dalam diriku, dan cukupkanlah aku dengan pendengaranku dan penglihatanku, jadikan dua perkara itu warisan daripadaku. Bantulah aku bangkit ke atas sesiapa yang menzalimiku. Tunjukkan balas dendamku kepada mereka, dan sejukkan mataku dengan perkara tersebut.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575 – 1576, hadis nombor 7975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذا التام)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كان يكثر أن يدعو بهذا الدعاء: اللهم! اجعلني أخشاك، حتى كأني أراك أبدا حتى ألقاك، وأسعدني بتقواك، ولا تشقني بمعصيتك، وخر لي في قضائك، وبارك لي في قدرك، حتى لا أحب تعجيل ما أخرت، ولا تأخير ما عجلت، واجعل غنائي في نفسي، وأمتعني بسمعي وبصري، واجعلهما الوراث مني، وانصرني على من ظلمني، وأرني فيه ثأري، وأقر بذلك عيني.
[طس، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (7047)].

(Sangat lemah dengan teks lengkap ini)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Bahawa Rasulullah SAW banyak berdoa dengan doa yang berikut: Ya Allah! Jadikanlah aku takut kepada-Mu, sehingga seolah-olah aku melihat-Mu selamanya sampai aku dapat berjumpa dengan-Mu, gembirakanlah aku dengan ketaqwaan kepada-Mu, dan janganlah membuat aku derita dengan melakukan maksiat terhadap-Mu, berkatilah aku dengan ketentuan-Mu supaya aku tidak suka untuk mempercepatkan apa yang telah Engkau lewatkan dan tidak aku melambatkan apa yang telah Engkau percepatkan. Jadikanlah kekayaan dalam diriku, dan cukupkanlah aku dengan pendengaranku dan penglihatanku, jadikan dua perkara itu warisan daripadaku. Bantulah aku bangkit ke atas sesiapa yang menzalimiku. Tunjukkan balas dendamku kepada mereka, dan sejukkan mataku dengan perkara tersebut.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Du’a, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7047].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs