Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يُكثرُ أن يدعو بهذا الدعاءِ: اللَّهُمَّ! اجْعَلْنِي أَخْشَاكَ، حَتَّى كَأَنِّي أَرَاكَ أَبَدًا حَتَّى أَلْقَاكَ، وَأَسْعِدْنِي بِتَقْوَاكَ، وَلَا تُشْقِنِي بِمَعْصِيَتِكَ، وَخِرْ لِي فِي قَضَائِكَ، وَبَارِكْ لِي فِي قَدَرِكَ، حَتَّى لَا أُحِبَّ تَعْجِيلَ مَا أَخَّرْتَ، وَلَا تَأْخِيرَ مَا عَجَّلْتَ، وَاجْعَلْ غَنَائِي فِي نَفْسِي، وَأَمْتِعْنِي بِسَمْعِي وَبَصَرِي، وَاجْعَلْهُمَا الْوُرِاثَ مِنِّي، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ ظَلَمَنِي، وَأَرِنِي فِيهِ ثَأْرِي، وَأَقِرَّ بِذَلِكَ عَيْنِي.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa Rasulullah SAW banyak berdoa dengan doa yang berikut: Ya Allah! Jadikanlah aku takut kepada-Mu, sehingga seolah-olah aku melihat-Mu selamanya sampai aku dapat berjumpa dengan-Mu, gembirakanlah aku dengan ketaqwaan kepada-Mu, dan janganlah membuat aku derita dengan melakukan maksiat terhadap-Mu, berkatilah aku dengan ketentuan-Mu supaya aku tidak suka untuk mempercepatkan apa yang telah Engkau lewatkan dan tidak aku melambatkan apa yang telah Engkau percepatkan. Jadikanlah kekayaan dalam diriku, dan cukupkanlah aku dengan pendengaranku dan penglihatanku, jadikan dua perkara itu warisan daripadaku. Bantulah aku bangkit ke atas sesiapa yang menzalimiku. Tunjukkan balas dendamku kepada mereka, dan sejukkan mataku dengan perkara tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575 - 1576, hadis no. 7975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التام) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كان يكثر أن يدعو بهذا الدعاء: اللهم! اجعلني أخشاك، حتى كأني أراك أبدا حتى ألقاك، وأسعدني بتقواك، ولا تشقني بمعصيتك، وخر لي في قضائك، وبارك لي في قدرك، حتى لا أحب تعجيل ما أخرت، ولا تأخير ما عجلت، واجعل غنائي في نفسي، وأمتعني بسمعي وبصري، واجعلهما الوراث مني، وانصرني على من ظلمني، وأرني فيه ثأري، وأقر بذلك عيني. [طس، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (7047)].
(Sangat lemah dengan teks lengkap ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Bahawa Rasulullah SAW banyak berdoa dengan doa yang berikut: Ya Allah! Jadikanlah aku takut kepada-Mu, sehingga seolah-olah aku melihat-Mu selamanya sampai aku dapat berjumpa dengan-Mu, gembirakanlah aku dengan ketaqwaan kepada-Mu, dan janganlah membuat aku derita dengan melakukan maksiat terhadap-Mu, berkatilah aku dengan ketentuan-Mu supaya aku tidak suka untuk mempercepatkan apa yang telah Engkau lewatkan dan tidak aku melambatkan apa yang telah Engkau percepatkan. Jadikanlah kekayaan dalam diriku, dan cukupkanlah aku dengan pendengaranku dan penglihatanku, jadikan dua perkara itu warisan daripadaku. Bantulah aku bangkit ke atas sesiapa yang menzalimiku. Tunjukkan balas dendamku kepada mereka, dan sejukkan mataku dengan perkara tersebut. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Du'a, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7047].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman