Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh malam terakhir Ramadan, Baginda menggulung hamparannya

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر الأواخر من رمضان طوى فراشه، وشد مئزره واعتزل النساء وجعل عشاءه سحورا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh malam terakhir Ramadan, Baginda menggulung hamparannya (mengurangkan tidur), mengetatkan kainnya, tidak menggauli isteri-isteri Baginda, dan menjadikan makan malam sebagai sahur.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1153, hadis nombor 5829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التام) عن أنس رضي الله عنه قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا دَخَلَ العشر الأواخر من رمضان طوى فراشه وشد مِئْزَره واعتزل النساء وَجَعَلَ عشاءه سحوراً. [طس، عد، الضعيفة (5997)]

(Munkar dengan teks yang lengkap) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh malam terakhir Ramadan, Baginda menggulung hamparannya (mengurangkan tidur), mengetatkan kainnya, tidak menggauli isteri-isteri Baginda, dan menjadikan makan malam sebagai sahur. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5997]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs