Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلى الله عليه وسلم إذا دَخَلَ العشر الأواخر من رمضان طوى فراشه وشد مِئْزَره واعتزل النساء وَجَعَلَ عشاءه سحوراً.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh malam terakhir Ramadan, Baginda menggulung hamparannya (mengurangkan tidur), mengetatkan kainnya, tidak menggauli isteri-isteri Baginda, dan menjadikan makan malam sebagai sahur.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1153, hadis no. 5829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التام) عن أنس رضي الله عنه قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا دَخَلَ العشر الأواخر من رمضان طوى فراشه وشد مِئْزَره واعتزل النساء وَجَعَلَ عشاءه سحوراً. [طس، عد، الضعيفة (5997)]
(Munkar dengan teks yang lengkap) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh malam terakhir Ramadan, Baginda menggulung hamparannya (mengurangkan tidur), mengetatkan kainnya, tidak menggauli isteri-isteri Baginda, dan menjadikan makan malam sebagai sahur. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5997]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman