Rasulullah SAW apabila tiba bulan Ramadhan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل شهر رمضان أطلق كل أسير، وأعطى كل سائل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika datang bulan Ramadan, maka baginda akan membebaskan kesemua tawanan dan memberi kepada semua yang meminta.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 878, hadis nombor 4497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس وعائشة -رضي الله عنهم- قالا: ((كان إذا دخل شهر رمضان أطلق كل أسير، وأعطى كل سائل)). [ابن سعد، البزار، ((الضعيفة)) (3015)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Abbas dan Aisyah RA berkata: “Jika datang bulan Ramadan, maka baginda akan membebaskan kesemua tawanan dan memberi kepada semua yang meminta.”
[Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat dan al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3015].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs