Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا دخل شهرُ رمضانَ أَطْلَقَ كلَّ أَسِيرٍ، وأَعْطَى كلَّ سائلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Jika datang bulan Ramadan, maka baginda akan membebaskan kesemua tawanan dan memberi kepada semua yang meminta.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 878, hadis no. 4497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس وعائشة -رضي الله عنهم- قالا: ((كان إذا دخل شهر رمضان أطلق كل أسير، وأعطى كل سائل)). [ابن سعد، البزار، ((الضعيفة)) (3015)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas dan Aisyah RA berkata: “Jika datang bulan Ramadan, maka baginda akan membebaskan kesemua tawanan dan memberi kepada semua yang meminta.” [Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat dan al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3015].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman