Rasulullah SAW apabila solat Isyak, Baginda menunaikan solat sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا صلى العشاء ركع أربع ركعات وأوتر بسجدة ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila solat Isyak, Baginda menunaikan solat sebanyak empat rakaat, dan menunaikan solat witir sebanyak satu rakaat. Kemudian Baginda tidur sehinggalah Baginda bangun untuk solat malam (qiamullail).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1153, hadis nombor 5830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن الزبير رضي الله عنهما قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا صلى العشاء ركع أربع ركعات وأوتر بسجدة ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل. [حم، البزار، الضعيفة (5855)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Zubair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila solat Isyak, Baginda menunaikan solat sebanyak empat rakaat, dan menunaikan solat witir sebanyak satu rakaat. Kemudian Baginda tidur sehinggalah Baginda bangun untuk solat malam (qiamullail). [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5855]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs