Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلى الله عليه وسلم إذَا صَلَّى العِشَاءَ رَكَعَ أربعَ ركعاتٍ وأَوتَرَ بِسَجْدَةٍ ثمَّ نَامَ حتى يُصلِّي بعدُ صلاتِهِ بِالليلِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila solat Isyak, Baginda menunaikan solat sebanyak empat rakaat, dan menunaikan solat witir sebanyak satu rakaat. Kemudian Baginda tidur sehinggalah Baginda bangun untuk solat malam (qiamullail).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1153, hadis no. 5830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن الزبير رضي الله عنهما قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا صلى العشاء ركع أربع ركعات وأوتر بسجدة ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل. [حم، البزار، الضعيفة (5855)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Zubair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila solat Isyak, Baginda menunaikan solat sebanyak empat rakaat, dan menunaikan solat witir sebanyak satu rakaat. Kemudian Baginda tidur sehinggalah Baginda bangun untuk solat malam (qiamullail). [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5855]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman