Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - إذا نَزَلَ منزلَا في سَفَرٍ، أَوْ أدخلَ بيتَهُ لَمْ يَجْلِسْ حتى يَرْكعَ ركعَتَينِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila pulang daripada permusafiran, atau masuk ke rumah, Baginda tidak akan duduk sehingga selesai bersolat dua rakaat.
Sahabat Perawi
- Fadhalah bin Ubaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis no. 5056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Fadhalah bin Ubaid RA berkata: “Rasulullah SAW apabila pulang daripada permusafiran, atau masuk ke rumah, Baginda tidak akan duduk sehingga selesai bersolat dua rakaat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah Ḍa‘īfah, no. 1048]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman