Rasulullah SAW apabila mendengar azan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا سمع النداء كأنه لا يعرف أحدا من الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila mendengar azan seakan-akan Baginda SAW tidak mengenali seorang pun daripada kalangan manusia yang berada bersama Baginda.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 113, hadis nombor 581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أسلمة بن عطاء: أنه كان عند النعمان بن بشير إذ أقبل سويد بن غفلة بن أمية، فأرسل إليه فدعاه – والنعمان يومئذ أمير-، فقال له: ألم يبلغني أنك صليت مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم-؟ قال: أو مرة؟ لا، بل مرارا ((كان إذا سمع النداء كأنه لا يعرف أحدا من الناس)).
[أبو زرعة الدمشقي في ((تاريخ دمشق))، الدولابي، ((الضعيفة)) (5965)]

(Munkar) Daripada Usamah ibn Abu Aṭa’, beliau berada di sisi Nu‘man ibn Bashir apabila datangnya Suwayd ibn Ghafalah ibn Umayyah. Maka diutuskan kepadanya dan dipanggil – Nu‘man pada ketika itu yang juga seorang pemimpin – Maka beliau telah berkata kepadanya: Tidakkah telah sampai kepadaku bahawa engkau telah bersolat bersama Rasulullah SAW? Adakah sekali? Beliau menjawab: Tidak, bahkan berkali-kali: Baginda SAW apabila mendengar azan seakan-akan Baginda SAW tidak mengenali seorang pun dalam kalangan manusia yang berada bersama Baginda. [Riwayat oleh Abu Zur‘ah al-Dimashqi dalam Tarikh Dimashq dan al-Dulabi dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5965]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs