Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW, apabila memotong janggutnya, baginda memotongnya dari sisi lebar dan panjangnya

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم- يأخذُ من لِحْيَتِهِ من عَرْضِها وطولِها.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW, apabila memotong janggutnya, baginda memotongnya dari sisi lebar dan panjangnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis no. 8110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما -: ((كان - صلى الله عليه وسلم- يأخذ من لحيته من عرضها وطولها)). [ت، عق، ((الضعيفة)) (288)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Amr R.anhuma, beliau berkata: ((Rasulullah SAW, apabila memotong janggutnya, baginda memotongnya dari sisi lebar dan panjangnya)). [Riwayat al-Tirmiẓī di dalam Sunannya dan al-Uqaili di dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 288].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.