Rasulullah SAW apabila memasuki Ramadhan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل رمضان؛ تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق لونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda memasuki Ramadhan, akan berubah warna wajahnya (kerana lebih takut tidak mampu memenuhi hak sebagai hamba), semakin banyak solatnya, semakin kerap baginda merintih dalam berdoa dan warna wajah baginda berubah menjadi merah (kiasan tentang bertambahnya sifat takut dan taqwa dalam diri baginda).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis nombor 8036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة قالت: ((كان إذا دخل رمضان؛ تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق لونه)). [هب، ((الضعيفة)) (6636)].

(Munkar)
Daripada Aisyah RA berkata: ((Apabila Baginda memasuki Ramadhan, akan berubah warna wajahnya (kerana lebih takut tidak mampu memenuhi hak sebagai hamba), semakin banyak solatnya, semakin kerap baginda merintih dalam berdoa dan warna wajah baginda berubah menjadi merah (kiasan tentang bertambahnya sifat takut dan taqwa dalam diri baginda).))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6636].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs