Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا دخل رمضانُ تغير لونُه، وكَثُرَت صلاتُه، وابتهل في الدعاءِ، وأَشْفَق لونه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Baginda memasuki Ramadhan, akan berubah warna wajahnya (kerana lebih takut tidak mampu memenuhi hak sebagai hamba), semakin banyak solatnya, semakin kerap baginda merintih dalam berdoa dan warna wajah baginda berubah menjadi merah (kiasan tentang bertambahnya sifat takut dan taqwa dalam diri baginda).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis no. 8036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة قالت: ((كان إذا دخل رمضان؛ تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق لونه)). [هب، ((الضعيفة)) (6636)].
(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata: ((Apabila Baginda memasuki Ramadhan, akan berubah warna wajahnya (kerana lebih takut tidak mampu memenuhi hak sebagai hamba), semakin banyak solatnya, semakin kerap baginda merintih dalam berdoa dan warna wajah baginda berubah menjadi merah (kiasan tentang bertambahnya sifat takut dan taqwa dalam diri baginda).)) [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6636].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman