Rasulullah SAW apabila memakai minyak di janggutnya, baginda akan memulakan dengan bulu yang tumbuh dibahagian antara bawah bibir dan dagu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دهن لحيته بدأ بعنفقته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila memakai minyak di janggutnya, baginda akan memulakan dengan bulu yang tumbuh dibahagian antara bawah bibir dan dagu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis nombor 8194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: ((كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دهن لحيته بدأ بعنفقته)). [طس، ((الضعيفة)) (3420)].

(Palsu)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila memakai minyak di janggutnya, baginda akan memulakan dengan bulu yang tumbuh dibahagian antara bawah bibir dan dagu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3420].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.