Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - إذا دهِن لِحْيَتَهُ بَدَأَ بِعَنْفَقَتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila memakai minyak di janggutnya, baginda akan memulakan dengan bulu yang tumbuh dibahagian antara bawah bibir dan dagu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis no. 8194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: ((كان - صلى الله عليه وسلم - إذا دهن لحيته بدأ بعنفقته)). [طس، ((الضعيفة)) (3420)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila memakai minyak di janggutnya, baginda akan memulakan dengan bulu yang tumbuh dibahagian antara bawah bibir dan dagu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3420].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman