Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إذا دَخَلَ المرفقَ لَبِسَ حِذَاءَهُ وغَطَّى رأْسَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila masuk ke dalam tandas, baginda akan memakai seliparnya serta menutup kepala baginda.
Sahabat Perawi
- Habib bin Soleh
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 207, hadis no. 1089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حبيب بن صالح مرفوعا: ((كان إذا دخل المرفق لبس حذاءه وغطى رأسه)). [ابن سعد، هق، ((الضعيفة)) (4191)]
(Daif) Daripada Habib bin Soleh secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila masuk ke dalam tandas, baginda akan memakai seliparnya serta menutup kepala baginda. [Riwayat Ibn Sa’d dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4191]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman