Rasulullah SAW apabila masuk ke dalam rumah baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل بيته؛ يقول: السلام علينا من ربنا؛ التحيات الطيبات المباركات لله، سلام عليكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila masuk ke dalam rumah baginda, baginda akan mengucapkan: Salam sejahtera ke atas kami daripada Tuhan kami. Ucapan yang baik lagi berkat kerana Allah. Salam sejahtera ke atas kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis nombor 1238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا دخل بيته؛ يقول: السلام علينا من ربنا؛ التحيات الطيبات المباركات لله، سلام عليكم)). [هب، ((الضعيفة)) (6187)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Rasulullah SAW apabila masuk ke dalam rumah baginda, baginda akan mengucapkan: Salam sejahtera ke atas kami daripada Tuhan kami. Ucapan yang baik lagi berkat kerana Allah. Salam sejahtera ke atas kamu.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6187]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs