TEKS BAHASA ARAB
كان إذا غضبت أخذ بأنفها، وقال: يا عويشة قولي: اللهم رب النبي محمد صلى الله عليه وسلم؛ اغفر ذنبي، وأذهب غيظ قلبي، وأجرني من مضلات الفتن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila marah, baginda memegang hidungnya seraya berkata: Wahai ‘Uwaishah, ucapkanlah: Ya Allah! Tuhan Nabi Muhammad SAW! Ampunilah dosaku, hilangkanlah kegusaran hatiku, lindungilah aku daripada fitnah-fitnah yang menyesatkan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1273, hadis nombor 6521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا غضبت أخذ بأنفها، وقال: يا عويشة قولي: اللهم رب النبي محمد صلى الله عليه وسلم؛ اغفر ذنبي، وأذهب غيظ قلبي، وأجرني من مضلات الفتن.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4207)]
(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila marah, baginda memegang hidungnya seraya berkata: Wahai ‘Uwaishah, ucapkanlah: Ya Allah! Tuhan Nabi Muhammad SAW! Ampunilah dosaku, hilangkanlah kegusaran hatiku, lindungilah aku daripada fitnah-fitnah yang menyesatkan.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4207]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.