Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا غضبَتْ أخذ بأنفِها، وقال: يا عُويِّشةُ قولي: اللهم ربَّ النبيِّ محمدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ؛ اغفرْ ذنبي، وأَذهبْ غيظَ قلبي، وأَجرْني من مُضلاَّتِ الفتنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila marah, baginda memegang hidungnya seraya berkata: Wahai 'Uwaishah, ucapkanlah: Ya Allah! Tuhan Nabi Muhammad SAW! Ampunilah dosaku, hilangkanlah kegusaran hatiku, lindungilah aku daripada fitnah-fitnah yang menyesatkan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1273, hadis no. 6521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا غضبت أخذ بأنفها، وقال: يا عويشة قولي: اللهم رب النبي محمد صلى الله عليه وسلم؛ اغفر ذنبي، وأذهب غيظ قلبي، وأجرني من مضلات الفتن. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4207)]
(Lemah) Daripada 'Aishah RA, katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila marah, baginda memegang hidungnya seraya berkata: Wahai 'Uwaishah, ucapkanlah: Ya Allah! Tuhan Nabi Muhammad SAW! Ampunilah dosaku, hilangkanlah kegusaran hatiku, lindungilah aku daripada fitnah-fitnah yang menyesatkan. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4207]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman