Rasulullah SAW apabila keluar pada musim panas, Baginda suka untuk keluar pada malam Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌كان إذا ظهر في الصيف استحب أن يظهر ليلة الجمعة وإذا دخل البيت في الشتاء استحب أن يدخل ليلة الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila keluar pada musim panas, Baginda suka untuk keluar pada malam Jumaat. Dan apabila Baginda masuk ke dalam rumah (kekal di dalam rumah) pada musim sejuk, Baginda suka untuk masuk pada malam Jumaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis nombor 1195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: ((كان إذا ظهر في الصيف استحب أن يظهر ليلة الجمعة وإذا دخل البيت في الشتاء استحب أن يدخل ليلة الجمعة)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5924)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA berkata: Rasulullah SAW apabila keluar pada musim panas, Baginda suka untuk keluar pada malam Jumaat. Dan apabila Baginda masuk ke dalam rumah (kekal di dalam rumah) pada musim sejuk, Baginda suka untuk masuk pada malam Jumaat.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5924]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.