Rasulullah SAW apabila duduk bercerita, baginda akan menanggalkan kedua seliparnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا جلس يتحدث؛ يخلغ نعليه. فخلعهما يوما، وجلس يتحدث، فلما قضى حديثه؛ قال لغلام من الأنصار: يا بني! ناولني نعلي. فقال غلام من الأنصار: دعني فلأنعلك. قال: شأنك فافعل. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: اللهم! إن عبدك يتحبب إليك؛ فأحبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila duduk bercerita, baginda akan menanggalkan kedua seliparnya. Baginda menanggalkan keduanya pada suatu hari, lalu baginda duduk dan bercerita (dengan para sahabat). Sebaik sahaja baginda selesai, baginda berkata kepada seorang budak dari kalangan Ansar : Wahai anakku, berikan kepadaku seliparku. Maka budak dari kalangan Ansar itu berkata: Biarkan aku pakaikan seliparmu kepadamu wahai Rasulullah. Baginda berkata: Jika begitu kehendak kamu, lakukanlah. Kemudian Rasulullah SAW berkata: Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini berkasih sayang kepada-Mu, maka sayangilah dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 243, hadis nombor 1273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت البناني، قال: ((كان رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم – إذا جلس يتحدث، يخلع نعليه))، فخلعها يوما، وجلس يتحدث، فلما قضى حديثه قال لغلام من الأنصار: ((يا بني ناولني نعلي)) فقال غلام من الأنصار: دعني فلأنعلك، قال: ((شأنك فافعل))، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((اللهم إن عبدك يتحبب إليك فأحبه))، (هب، ((الضعيفة)) (6635)]

(Lemah)
Daripada Tsabit al-Bunani, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila duduk bercerita, baginda akan menanggalkan kedua seliparnya. Baginda menanggalkan keduanya pada suatu hari, lalu baginda duduk dan bercerita (dengan para sahabat). Sebaik sahaja baginda selesai, baginda berkata kepada seorang budak dari kalangan Ansar: Wahai anakku, berikan kepadaku seliparku. Maka budak dari kalangan Ansar itu berkata: Biarkan aku pakaikan seliparmu kepadamu wahai Rasulullah. Baginda berkata: Jika begitu kehendak kamu, lakukanlah. Kemudian Rasulullah SAW berkata: Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini berkasih sayang kepada-Mu, maka sayangilah dia.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 6635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.