Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW, apabila Bilal berkata: Qad Qāmat al-Ṣalāh (Telah masuk waktu solat), baginda mengangkat takbir

Teks Bahasa Arab

كان إذا قال بلالٌ: قد قامتِ الصلاةُ؛ كبَّر.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW, apabila Bilal berkata: Qad Qāmat al-Ṣalāh (Telah masuk waktu solat), baginda mengangkat takbir.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abi Awfa RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis no. 9327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن عبدالله بن أبي أوفى -رضي الله عنه-، قال: ((كان ﷺ إذا قال بلال: قد قامت الصلاة؛ كبّر)). [ابن أبي القعنب في ((حديث القاسم بن الأشهب))، ((الضعيفة)) (٤٢١٠)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Abī Awfā RA, beliau berkata: Rasulullah SAW, apabila Bilal berkata: Qad Qāmat al-Ṣalāh (Telah masuk waktu solat), baginda mengangkat takbir. [Riwayat Ibn Abī al-Qa’nab dalam kitab Ḥadīth al-Qāsim bin al-Asyhab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4210]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.