Rasulullah SAW apabila berjumpa dengan para sahabatnya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا لقي أصحابه لم يصافحهم حتى يسلم عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila berjumpa dengan para sahabatnya, baginda tidak akan berjabat tangan dengan mereka sehinggalah baginda memberi salam kepada mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 207, hadis nombor 1091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جندب بن عبدالله – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كان إذا لقي أصحابه لم يصافحهم حتى يسلم عليهم)). [طب، ((الضعيفة)) (4211)]

(Munkar)
Daripada Jundab bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila berjumpa dengan para sahabatnya, baginda tidak akan berjabat tangan dengan mereka sehinggalah baginda memberi salam kepada mereka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4211]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs