Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan seseorang tidak pernah menunjukkan (reaksi tertentu) di wajah Baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – لا يواجه أحداً في وجهه بشيء يكرهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan seseorang tidak pernah menunjukkan (reaksi tertentu) di wajah Baginda yang membuatkan orang tersebut tidak suka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis nombor 383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه-، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – لا يواجه أحداً في وجهه بشيء يكرهه)). [خد، د، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، حم، هب، البيهقي في ((الدلائل))، أبو عبد الرحمن السلمي في ((آداب الصحبة))، الخطيب في ((الفقيه والمتفقة))، ((الضعيفة)) (4255)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan seseorang tidak pernah menunjukkan (reaksi tertentu) di wajah Baginda yang membuatkan orang tersebut tidak suka.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Dawud dalam Sunannya, Abu al-Syeikh dalam Akhlak Nabi, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman, al-Bayhaqi dalam al-Dala’il, Abu Abd al-Rahman al-Sulami dalam Adab al-Suhbah, dan al-Khatib dalam al-Faqih wal Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4255].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs