Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - لا يواجه أحداً في وجهه بشيء يكرهه.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan seseorang tidak pernah menunjukkan (reaksi tertentu) di wajah Baginda yang membuatkan orang tersebut tidak suka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis no. 383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه-، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - لا يواجه أحداً في وجهه بشيء يكرهه)). [خد، د، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، حم، هب، البيهقي في ((الدلائل))، أبو عبد الرحمن السلمي في ((آداب الصحبة))، الخطيب في ((الفقيه والمتفقة))، ((الضعيفة)) (4255)].
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan seseorang tidak pernah menunjukkan (reaksi tertentu) di wajah Baginda yang membuatkan orang tersebut tidak suka. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Dawud dalam Sunannya, Abu al-Syeikh dalam Akhlak Nabi, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman, al-Bayhaqi dalam al-Dala’il, Abu Abd al-Rahman al-Sulami dalam Adab al-Suhbah, dan al-Khatib dalam al-Faqih wal Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4255].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman