TEKS BAHASA ARAB
كان إذا قام من الليل يريد أن يتهجد قال قبل أن يكبر : لا إله إلا الله، لا إله إلا الله والله أكبر كبيرا أعوذ بالله من الشيطان الرجيم من همزه ونفثه ونفخه. قال ثم يقول: الله أكبر. ورفع عمران يديه يحكي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW apabila bangun pada waktu malam untuk menunaikan tahajud, Baginda akan mengucapkan sebelum takbir: Tiada yang berhak disembah selain Allah, tiada yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar, aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada bisikannya, hembusannya dan tiupannya. Kemudian barulah Baginda mengucapkan Allahuakbar. Baginda mengangkat dua tangannya, bagi menggambarkan takbir. Imran mengangkat tangan beliau sambil menceritakan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1103, hadis nombor 5588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن عمران بن مسلم، عن الحسن: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قام من الليل يريد أن يتهجد، قال – قبل أن يكبر: لا إله إلا الله، لا إله إلا الله، والله أكبر كبيرا أعوذ بالله من الشيطان الرجيم من همزه ونفثه ونفخه. قال ثم يقول: الله أكبر. ورفع عمران يديه يحكي. [أبو داود في المراسيل، الضعيفة (6519)].
(Munkar dengan konteks ini) Daripada ‘Imran bin Muslim, daripada al-Hasan, bahawasanya Rasulullah SAW apabila bangun pada waktu malam untuk menunaikan tahajud, Baginda akan mengucapkan sebelum takbir: Tiada yang berhak disembah selain Allah, tiada yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar, aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada bisikannya, hembusannya dan tiupannya. Kemudian barulah Baginda mengucapkan Allahuakbar. Baginda mengangkat dua tangannya, bagi menggambarkan takbir. Imran mengangkat tangan beliau sambil menceritakan. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6519]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.