Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW apabila bangun pada waktu malam untuk menunaikan tahajud, Baginda akan mengucapkan sebelum takbir

Teks Bahasa Arab

كَانَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يُرِيدُ أَنْ يَتَهَجَّدَ قَالَ قَبْلَ أَنْ يُكَبِّرَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمَزِهِ وَنَفَثِهِ وَنَفَخِهِ. قَالَ ثُمَّ يَقُولُ: اللهُ أَكْبَرُ. وَرَفَعَ عِمْرَانَ يَدَيْهِ يَحْكِي.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW apabila bangun pada waktu malam untuk menunaikan tahajud, Baginda akan mengucapkan sebelum takbir: Tiada yang berhak disembah selain Allah, tiada yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar, aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada bisikannya, hembusannya dan tiupannya. Kemudian barulah Baginda mengucapkan Allahuakbar. Baginda mengangkat dua tangannya, bagi menggambarkan takbir. Imran mengangkat tangan beliau sambil menceritakan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1103, hadis no. 5588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن عمران بن مسلم، عن الحسن: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قام من الليل يريد أن يتهجد، قال - قبل أن يكبر: لا إله إلا الله، لا إله إلا الله، والله أكبر كبيرا أعوذ بالله من الشيطان الرجيم من همزه ونفثه ونفخه. قال ثم يقول: الله أكبر. ورفع عمران يديه يحكي. [أبو داود في المراسيل، الضعيفة (6519)].

(Munkar dengan konteks ini) Daripada ‘Imran bin Muslim, daripada al-Hasan, bahawasanya Rasulullah SAW apabila bangun pada waktu malam untuk menunaikan tahajud, Baginda akan mengucapkan sebelum takbir: Tiada yang berhak disembah selain Allah, tiada yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar, aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada bisikannya, hembusannya dan tiupannya. Kemudian barulah Baginda mengucapkan Allahuakbar. Baginda mengangkat dua tangannya, bagi menggambarkan takbir. Imran mengangkat tangan beliau sambil menceritakan. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6519]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.