Rasulullah SAW apabila Baginda hendak bangun kerana ada sesuatu urusan dan Baginda hendak kembali semula

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا أراد أن يقوم لحاجة وأراد أن يرجع، وضع نعليه في مجلسه، أو بعض ما يكون عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila Baginda hendak bangun kerana ada sesuatu urusan dan Baginda hendak kembali semula, Baginda akan meletakkan dua seliparnya di tempat duduknya ataupun sebahagian daripada apa yang ada di badannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis nombor 1190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – إذا أراد أن يقوم لحاجة وأراد أن يرجع، وضع نعليه في مجلسه، أو بعض ما يكون عليه)). [ابن حبان في ((الضعفاء)) و((الثقات))، د، هق، طس، ((الضعيفة)) (5767)]

(Munkar)
Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila Baginda hendak bangun kerana ada sesuatu urusan dan Baginda hendak kembali semula, Baginda akan meletakkan dua seliparnya di tempat duduknya ataupun sebahagian daripada apa yang ada di badannya.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa dan al-Thiqat, Abī Dāwud dalam Sunan beliau, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5767]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs