Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW apabila baginda duduk, para sahabat akan duduk ke arahnya dalam keadaan bulatan demi bulatan

Teks Bahasa Arab

أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كانَ إذا جلسَ جلسَ إليهِ أصحابُه حِلَقًا حِلَقًا.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW apabila baginda duduk, para sahabat akan duduk ke arahnya dalam keadaan bulatan demi bulatan.

Sahabat Perawi

  1. Qurrah bin Iyas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis no. 1014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن قرة بن إياس - رضي الله عنه -، قال: ((أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان إذا جلس، جلس إليه أصحابه حلقا حلقا)). [البزار، ((الضعيفة)) (2148)]

(Palsu) Daripada Qurrah bin Iyas RA Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda duduk, para sahabat akan duduk ke arahnya dalam keadaan bulatan demi bulatan. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2148]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.