Rasulullah SAW akan memulakan dengan meminum air apabila Baginda berbuka puasa

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يبدأ بالشراب إذا كان صائما، وكان لا يعب، يشرب مرتين أو ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW akan memulakan dengan meminum air apabila Baginda berbuka puasa. Baginda tidak meminum air secara terus-menerus (iaitu meneguk minuman dengan sekali nafas), akan tetapi Baginda meminumnya sebanyak dua kali atau sebanyak tiga kali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis nombor 1196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم سلمة – رضي الله عنها -، قالت: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يبدأ بالشراب إذا كان صائما، وكان لا يعب، يشرب مرتين أو ثلاثا)). [طب، ((الضعيفة)) (5929)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA berkata: Rasulullah SAW akan memulakan dengan meminum air apabila Baginda berbuka puasa. Baginda tidak meminum air secara terus-menerus (iaitu meneguk minuman dengan sekali nafas), akan tetapi Baginda meminumnya sebanyak dua kali atau sebanyak tiga kali.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5929]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs