Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - يبدأ بالشراب إذا كان صائماً، وكان لا يَعُبُّ، يشربُ مرتينِ أو ثلاثاً.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW akan memulakan dengan meminum air apabila Baginda berbuka puasa. Baginda tidak meminum air secara terus-menerus (iaitu meneguk minuman dengan sekali nafas), akan tetapi Baginda meminumnya sebanyak dua kali atau sebanyak tiga kali.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis no. 1196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم سلمة - رضي الله عنها -، قالت: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يبدأ بالشراب إذا كان صائما، وكان لا يعب، يشرب مرتين أو ثلاثا)). [طب، ((الضعيفة)) (5929)]
(Terlalu Daif) Daripada Ummu Salamah RA berkata: Rasulullah SAW akan memulakan dengan meminum air apabila Baginda berbuka puasa. Baginda tidak meminum air secara terus-menerus (iaitu meneguk minuman dengan sekali nafas), akan tetapi Baginda meminumnya sebanyak dua kali atau sebanyak tiga kali. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5929]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman